"BERMESYUARAT MENYEBABKAN IQ RENDAH DAN MEMBUAT OTAK MATI.."


Satu hasil kajian daripada Virginia Tech Crilion Research Institute America mendapati tahap I.Q seseorang pekerja menurun dengan ketara selepas bermesyuarat berbanding mereka yang membuat keputusan sendiri. Tahap lebih rendah didapati pada kaum wanita. Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal "Philosophical Transactions Of The Royal Soviety B"

Menurut penjelasan yg dibuat, mesyuarat yang menyebabkan 'brain dead' adalah lebih cenderung krpada mesyuarat yang terlalu lama dan hanya dikuasai berlebihan oleh Pengerusi sementara ahli-ahli lain tidak diberikan ruang yang secukupnya. Ia juga melibatkan penjelasan panjang lebar kepada perkara-perkara tidak berkaitan dengan perbincangan. Situasi ini menimbulkan tekanan dalaman dan ahli mesyuarat akan menghadapi kemurungan ringan.

Mesyuarat haruslah dikendalikan dengan ceria dan ada daya penarik. Pengerusi memainkan peranan penting untuk membawa mesyuarat ke satu dimensi istimewa dan meletakkan satu kayu pengukur kebolehpercayaan dan kecekapan di sana. Pengerusi mesyuarat akan selalu dinilai oleh ahli-ahlinya maka sikap 'One Man Show' haruslah dielakkan. Pengerusi yang hebat akan dapat menggunakan pendekatan yang berubah-ubah semasa mesyuarat dan dalam tempoh masa yang wajar. Pengendalian mesyuarat yang hebat berkait rapat dengan kreativiti dan kebijaksanaan pengerusi yang akan menentukan corak mesyuarat dijalankan.

Selamat Bermesyuarat tanpa menyebabkan I.Q menurun. Anda boleh mengubahnya....

Post a Comment