HARGA MINYAK NAIK PERTAMA KALI DALAM 8 KALI


TOKYO: Kontrak hadapan minyak mentah meningkat buat pertama kali dalam tempoh lapan hari pada dagangan hari ini selepas stok simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh. 

Kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.44 sen kepada AS$30.88 setong pada 0144 GMT. Semalam, ia jatuh AS$0.97 sen kepada AS$30.44 setong, selepas mencecah paras rendah AS$29.93 yang dilihat sejak Disember 2003. 

Minyak mentah Brent, kontrak penanda aras global, meningkat AS$0.34 sen kepada AS$31.20 setong. Kontrak minyak mentah itu jatuh AS$0.69 sen kepada AS$30.86, selepas mencecah paras rendah AS$30.34 semalam. 

Paras AS$30 adalah paras psikologi dan paras siling kewangan. 

"Paras AS$30 mungkin menjadi paras sokongan serta merta tetapi saya tidak boleh katakan sama ada ini adalah paras rendah," kata Pengurus Komoditi Kanan Phillip Futures yang berpangkalan di Singapura, Avtar Sandu. 

Stok minyak mentah AS jatuh sebanyak 3.9 juta tong dalam seminggu kepada 480.071 juta berbanding jangkaan penganalisis dengan peningkatan 2.5 juta tong, demikian mengikut perangkaan daripada Institut Petroleum Amerika (API) semalam. 

Stok minyak mentah di Cushing, Oklahoma, hab penghantaran bagi WTI jatuh sebanyak 302,000 tong, kata API. - Reuters

Post a Comment