Hubungan Fasha Sandha, Jejai Kembali Pulih Demi Anak?



Jika sebelum ini, hubungan Fasha Sandha dan juga suami, Jejai dikatakan goyah namun melalui muatnaik gambar di Instagram pasangan ini beberapa hari lalu memberikan satu jawapan positif kepada pasangan ini.



Melalui gambar yang dikongsikan Fasha dan juga Jejai di Instagram, mengambil kesempatan untuk menghantar anak pertama mereka ke sekolah. Walaupun tidak menyertakan gambar bersama namun mereka mengeluarkan gambar bersama Rayfal, dalam kereta yang sama.

Bagaimanapun sebelum ini, Fasha sendiri mengambil keputusan untuk berdiam diri dan enggan berkongsikan masalah yang dihadapinya ketika ini, mungkin juga bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih tidak terkawal.

Apa pun, jika pasangan ini kembali berbaik, pastinya ia juga merupakan satu yang positif buat anak mereka. Anak mana yang mahu membesar dengan melihat ibu dan bapa hidup berasingan? Semoga pengkahiran buat pasangan ini baik-baik belaka. (rtky/s) Sumber rotikaya.






Post a Comment