Patut La Tabung Haji Rugi, Orang Tak Cerdik Jadi Pengerusi Rupanya...



Biodata Datuk Abdul Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji (RM55 Bilion) Ada Ijazah Universiti Preston USA? Bekas Hakim Nasihat Azeez! Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim satu figura yang cukup popular pada ketika ini, apabila GLC yang dibawah kuasanya menjadi GLC permainan 1MDB apabila baru-baru ini, Tabung Haji telah beli harga berpuluh kali ganda daripada harga tanah yang 1MDB daripada kerajaan sebelum ini melalui proses yang cukup cepat dan mudah. Noktah!

Sebenarnya Berita Semasa sama sekali, tidak sangka sehingga ke hari ini daripada ramai tokoh bijak pandai yang berpangalaman yang ada di Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim boleh dipilih menjadi Pengerusi Tabung Haji iaitu sebuah GLC yang cukup gah dan besar bagi menguruskan dana sebesar RM55 bilion Tabung Haji. Apa pengalaman yang beliau ada?

Azeez Rahim

Berdasarkah sejarah Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim menjadi Pengerusi Tabung Haji sejak Ogos 2007. Mengapa mesti orang politik jaga tabung orang Islam ini iaitu Tabung Haji? Kepada Datuk Seri Najib, mengapa dan kenapa Datuk Abdul Azeez Rahim ini dilantik?

Sebelum ini, Datuk Abdul Azeez Rahim pernah terkait dengan kontroversi dengan isu memiliki ijazah yang meragukan kononnya dari University Preston (Butiran laporan berita boleh anda semak seperti gambar di bawah ini.

Biodata Datuk Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji

Nama Penuh : Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Tarikh lahir : l19 November 1966
Kelayakan Akademik : Sijil Pelajaran malaysia (SPm)
Kelayakan pengajian tinggi : Berita Semasa sehingga ke hari ini tidak berjaya mengesan kelayakan pengajian tinggi yang diiktiraf yang diterimanya
Jawatan Politik : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua UMNO Bahagian Baling dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Charok Sikin, Kupang, Baling, Kedah
Nama Isteri : Datin Khadijah
Anak-anak: Mohd Khairul Anuar, Mohd Khairul Azman, Khalida Azwa dan Khalida Azeera)
Bahasa : Fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan cakap Tamil
Jawatan : Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional Negeri Kedah(Mapin), Pengerusi Jawatankuasa Masjid-masjid, seluruh Parlimen Baling, Kedah Darul Aman. Penaung Jawatankuasa peningkatan prestasi UPSR di seluruh sekolah rendah, Parlimen Baling, Kedah Darul Aman. Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sek Keb Sri Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Ahli Kelab Rotary Goldwing. Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Baling. Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)
P/S : Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.

PP/S : Janganlah perjudikan nasib Tabung Haji dengan meletakkan kalangan yang tidak layak untuk menjaganya. Pengerusi tabung Haji yang pertama dahulu, ayah kepada Tan Sri Zeti (Gabaenor Bank negara), iaitu Prof Diraja Ungku Aziz telah letakkan ‘benchmark’ yang agak tinggi untuk menerajui Tabung Haji. Persoalanya mengapa tetap Datuk Abdul Azeez Rahim dipilih Datuk Seri Najib Razak?

Post a Comment