Ingat Lagi Cerita Lelaki Kahwin Wanita Purdah ? Ni Sambungannya. Lagi SUSPEN !!!


Ingat Lagi Cerita Lelaki Kahwin Wanita Purdah ? Ni Sambungannya. Lagi SUSPEN !!! | Aku Fadhil, bekas budak UIA yang pernah menulis tentang kehidupan aku lepas berkahwin. Aku tak sangka kisah tu dapat perhatian ramai. Sungguh aku tak sangka. Dekat 10k jugalah yang like, dan beberapa page2 dah viralkan cerita aku. Aku memula happy juga sebab luahan hati aku ni diambil perhatian. Aku rasa gembira sebab pada awalnya, aku sangka kisah aku tu org x ambil endah je.



Tapi bila aku bukak komen2, rasa gembira aku tu hilang. Banyak komen negatif berbanding positif. Ramai kecam aku sebab aku luahkan benda tu. Dan paling aku sedih, cerita aku tu dah dipadam oleh page ini. Aku tak faham kenapa dipadam, tapi aku rasa kecewa sebab seolah2 org ramai x percaya dengan kisah hidup aku tu.



Sebab dalam kepala otak masyarakat kita fikir, hanya perempuan saje jadi mangsa keganasan. Semua orang ingat lelaki ni kuat. Dah tu suami macam aku ni macam mana? Siapa nak tolong dan siapa nak backup aku?

Aku sedih dengan komen2 tentang diri aku.
Aku tak tokok tambah pun cerita tentang perkahwinan aku ni. Malah, aku buang sikit cerita supaya xnampak sangat jahatnya isteri aku ni. 

Kalau siapa yg dah kahwin,nanti dah kahwin nanti kau akan faham perasaan suami terhadap isteri dia. Walaupun dia benci, tapi dlm hati tetap sayang. Dalam kes aku ni, dia buat mcm mana pun kat aku, aku ada rasa sayang kat dia.

Aku nak tulis sambungan kisah yang terjadi lepas aku kena belasah dengan isteri aku kat luar rumah dan kena tumbuk dengan jiran kami sampai orang2 surau tuduh aku pulak yang belasah isteri aku.
Tapi sebab aku tengok banyak komen negatif terhadap cerita aku, aku rasa cukuplah sampai di sini. 

Aku memang dah cadang dah nak sambung part II sebab nak habiskan kisah hidup aku bersama dia.
Tapi sebab banyak sangat respon negatif, dicampur lagi dengan cerita aku sebelum ni dah dipadam, aku rasa eloklah aku tak sambung lagi. Post ini hanya nak clarify sahaja komen2 yang orang bagi sebelum ni.

Apapun, cukuplah korang tahu bahawa kami masih suami isteri sehingga kini. Kenapa, bagaimana, dan apa terjadi, cukuplah biar aku dan isteri aku sahaja yang tahu. Aku ada sikit tawar hati dengan masyarakat yang tak habis2 respon negatif pada kisah hidup aku. Terima kasih atas kesudian utk like dan share cerita aku. Terima kasih juga kerana sudi bagi pendapat. Dan minta maaf kalau aku menyinggung perasaan orang lain. Wasalam. – Fadhil via IIUM.




'Politikus, hakim ingatlah akhirat'




“Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita."



Suasana sedih menyelubungi majlis perpisahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Ia bermula apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meninggalkan pesanan terakhir pada “anak-anak buahnya”.

Shukri mengambil kesempatan mengingatkan mereka supaya menjalankan tanggungjawab dengan berani demi melawan barah rasuah dalam negara.











“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

“Peliharalah kebebasan SPRM mencegah rasuah, bukan satu kerja yang mudah banyak cabaran dan dugaan, hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya yang membuatkan dewan suram.

Ketika ucapan itu, kedengaran esakan kakitangan SPRM sambil tunduk dan mengelap air mata.

Shukri akan meninggalkan suruhanjaya itu bersama dua lagi pegawai kanan suruhanjaya itu, iaitu rakan sejawatnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali dan ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.





TERKINI !! VIDEO ''FIZO OMAR KURANG AJAR'' SAYA DATANG MAKAN SEBAB KAWAN TAPI LAIN PULA JADINYA,DATO ROSYAM NOR SOUND DIRECT!!!



TERKINI !! VIDEO ''FIZO OMAR KURANG AJAR'' SAYA DATANG MAKAN SEBAB KAWAN TAPI LAIN PULA JADINYA,DATO ROSYAM NOR SOUND DIRECT!!!












Lauk Habis Di Kenduri Kahwin. Teguran Lelaki Ni Buat Ramai Perungut SENTAP !!!

Lauk Habis Di Kenduri Kahwin. Teguran Lelaki Ni Buat Ramai Perungut SENTAP !!! | Seperti yang diceritakan oleh FB Tuan Azli (LINK). Pasal kenduri tentang kenduri. Banyak kenduri hujung minggu. Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dg saya.”Tak makan ka?” Dia menegur.”Tidak,saya masih kenyang”. Balas saya.”Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja..”



Sabda nabi yg bermaksud “janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka.” Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kits,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri. KREDIT FB Tuan Azli (LINK). Jangan kata kau beriman jika kau tidak diuji.






Aircon Rosak, Hujan Pulak, Apa Nak Buat? Inilah 4 Langkah Yang 90% Pemandu Tak TAHU !!!


Aircon Rosak, Hujan Pulak, Apa Nak Buat? Inilah 4 Langkah Yang 90% Pemandu Tak TAHU !!! | Ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Oleh kerana anda dalam perjalanan balik kampung, kemungkinan besar anda ada membawa ubat gigi bersama anda.



Picit sedikit ubat gigi dan sapukan sama rata di bahagian dalam cermin kereta anda. Ini akan dapat membantu mengecah wap air dari mengaburkan cermin anda. Krim pencukur juga boleh digunakan namun mungkin ramai yang tidak menggunakannya. Begitu juga sabun buku.


Satu cara lagi, jika kebetulan ada ternampak kedai runcit, beli lah ubi kentang. Kaedah ini mudah akan membantu cermin anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuh menyahkabus visor helmet anda.
Langkah 1

Potong kentang mentah kepada dua bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.
Langkah 2

Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.

Langkah 3

Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika mahu.
Langkah 4
Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering.
Teruskan memandu! Mudah mudahan kini cermin atau visor anda tidak akan memeluwap lagi! Sumber:- Careta










Orang KOREA sendiri DEDAH MAGGIE ini sebenar HARAM. Orang ISLAM di Malaysia akan MUNTAH lepas TENGOK BUKTI ini. Nauzubillahiminzalik!


Orang KOREA sendiri DEDAH MAGGIE ini sebenar HARAM. Orang ISLAM di Malaysia akan MUNTAH lepas TENGOK BUKTI ini. Nauzubillahiminzalik!




Moga status ini memberi maklumat kepada semua penggemar2 maggi ramyeon yang baru2 ni di viralkan...

"Paste" Megi ini disahkan menggunakan mesin yang sama untuk penyediaan "paste" berkaitan sebarang produk "pork".

Untuk makluman, saya telah membuat semakan produk ini melalui konsultan halal di korea, Mr. Kim Edward. Produk ini telah menggunakan mesin yang sama bagi penyediaan "paste" berunsurkan "pork".

Melihat pula kepada bahan2 paste megi ramyeon chicken mania ini, tiada sebarang "pork" didalamnya. Namun demikian, ISU SYUBHAH telah timbul disini kerana mesin yang digunakan adalah mesin yang sama dengan penyediaan "paste" berunsurkan "pork".

Logo Halal Korea yang dikeluarkan oleh KMF, adalah diragui.

Mohon sebarkan... isu kemashalatan Islam semakin membimbangkan.

ps : saya mohon maaf jika ada kesilapan pada maklumat ini. saya sertakan bukti perbualan saya bersama Konsultan Halal Korea untuk makluman.

















Video: Lelaki Tak Berhati Perut Gantung, Cekik Budak...



TIGA video amatur memaparkan seorang lelaki menyiksa dan mendera dua budak lelaki telah mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial Facebook.

Video berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook, Siti Nur Suhada Ayub pada 23 Julai lalu dan telah ditonton lebih 12 ribu kali.

Menurut laman Stomp, klip video pertama memaparkan seorang lelaki berseluar pendek menghumban dua budak lelaki ke dalam sebuah tong berwarna biru.

Tindakan tersebut menyebabkan kanak-kanak malang itu hampir kelemasan setelah diperlakukan sedemikian rupa.


Manakala video kedua pula memperlihatkan dua kanak-kanak lelaki menjerit dan menangis setelah mereka digantung secara terbalik di bingkai pintu dengan keadaan kaki ke atas dan kepala menghala ke bawah.

Seorang lelaki turut kedengaran menjerit dan memarahi kanak-kanak malang itu sambil memukul mereka tanpa belas kasihan.


Di dalam video ketiga pula, seorang kanak-kanak dilihat meronta-ronta dan menangis ketakutan setelah dicekik seorang lelaki menggunakan sebelah tangan.

Wajah kanak-kanak itu jelas kelihatan menahan sakit.


Bersama posting video tersebut, Siti Nur Suhada menulis kapsyen berbunyi; “Ya Tuhanku, lembutkanlah hati lelaki ini supaya dia dapat menjadi seorang ayah yang baik dan dapat membesarkan anaknya dengan baik, bukan seperti yang dipaparkan melalui video tersebut.”

Tidak dapat dipastikan tempat dan masa kejadian kerana maklumat terperinci tidak dinyatakan. – MYNEWSHUB.CC

Jijik…Wanita Jadikan Anak 2 Tahun Untuk Puaskan Nafsu...



Tidak berhati perut dan kejam. Seorang wanita dari Washington tergamak melakukan penderaan seksual ke atas anak perempuannya yang berusia dua tahun semata-mata untuk menggembirakan teman lelakinya.

Lebih keji, selepas melakukan jenayah itu, Joanna Jean Olson, 44, telah merakamkan gambar penderaan berkenaan dan memberikannya kepada kekasihnya Antonio Boleware, 38.

Olson yang turut mempunyai dua anak yang lain mengaku melakukan kesalahan berkenaan dan telah dihukum penjara lima tahun.

Manakala Boleware, yang telah didaftarkan sebagai pesalah seks, pernah dipenjarakan kerana melakukan perbuatan jenayah terhadap kanak-kanak.

Boleware sebelum ini telah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana merogol seorang remaja berusia 13 tahun.

“Saya menerima tanggungjawab terhadap jenayah ini….saya terdesak untuk mencari cinta dan jatuh hati pada orang yang salah,’’ kata Olson ketika dibicarakan di mahkamah, di depan hakim Robert Bryan.

Oslon mengenali Boleware selama bertahun-tahun melalui media sosial namun hanya baru-baru ini wanita itu bersetuju untuk menghantar gambar dan video anak perempuannya dirogol.

Boleware kemudiannya telah berkongsi gambar berkenaan dengan seorang anggota polis yang menyamar sebagai pedophile dalam laman sembang KiK.

Polis mengenalpasti Olson menerusi akaun Facebooknya dan dia ditahan pada bulan Ogos lalu, iaitu pada hari di mana FBI menggeledah rumahnya.

Selepas penahanannya, ketiga-tiga anak Olson telah dipindahkan dari rumahnya.

(18 Gambar) Kritine Primanova di beri gelaran 'kanak-kanak tercantik di dunia' yang memiliki wajah secantik wanita dewasa !






Pada usia 9 tahun, Kritine Primanova telah mencapai apa yang wanita dewasa inginkan iaitu tercantik di dunia oleh satu majalah fesyen...Bapanya ialah pemain bola Rusian Pimenov manakala ibunya supermodel Gilkeria Shirakova .

Kritine sudah menjadi model sejak berumur 3 tahun dan diperkenalkan oleh ibunya sendiri. Kontroversi berkenaan apabila orang ramai memujanya sebagai wanita dewasa..Beliau juga pernah menjadi model utk jenama terkenal bagi pakaian kanak kanak.

Jom lihat gambar Kritine Primanova yang pasti membuat anda terpegun dengan kecantikkannya ,

>>








8 Gambar Dan Biodata Harshaali Malhotra (Munni) Khas Buat Peminat Filem Bajrangi Bhaijaan !






Dalam Filem Bollywood yang bertajuk Bajrangi Bhaijaan lakonan Shahida / Munni yang tak boleh bercakap, tetapi dengan ekspresinya gaya bisu mampu membuat penonton merasa seronok dan sedih menontonnya.

Setiap yang menonton Bajrangi Bhaijaan Tentu sukar bagi anda untuk melupakan munni dimana akhir ceritanya munni mampu bercakap dengan satu patah kata penuh makna maaman (paman). pasti ramai yang mengalirkan air mata saat dia berlari mendapatkan Salman Khan Yang telah di tangkap kerana menyatukan munni dengan keluarganya di pakistan.

Bagi yang ingin mengetahui siapa sebenarnya gadis bernama Shahida / Munni Dalam Filem Bollywood yang berjudul Bajrangi Bhaijaan berikut adalah biodatanya.



Gambar Harshaali Malhotra