AMRANS FANS JAWAB NURULHIDAYAH SEBUT RAKYAT MALAYSIA MALAS..!!



Nurulhidayah Zahid Hamidi seakan menggunakan agama ‘Padang Mahsyar’ sebagai bahan lawak, gaduh atau bertekak dengan Amran Fans seolah-olah yakin Allah hanya akan berpihak kepadanya lebih awal.

Kepada kita orang biasa menyebut Mahsyar sahaja sudah gerun inikan pula cuba memuliakan atau memuji kebaikan diri lebih awal dihari pengadilan yang amat berat itu dimana kesemuanya berlutut di hadapan tuhan.

Apabila pemimpin memulakan bermain isu agama dari ISIS ke Saudi dan Ikhwanul Muslimin hingga ke jasa membina masjid dan menghantar orang kampung pergi haji dari dana yang bermasalah maka yang bawah-bawahnya pun mengikut.

Penulis tertarik dengan komen pembaca di Majalah Review Malaysia – MRM: Asmawati Iris Iberahim Saya masih sangat respect Tun Mahathir..selama beliau memegang jawatan PM, tiada isteri, anak cucu cicit, piut, besan, sedara mara, menantu, ipar duai beliau ikut campur dalam pentadbiran negara..!


Sebenarnya di hadapan Rabb kelak sepertimana disebut di dalam Al Quran firmanNya: “Janganlah engkau berbantah-bantah di depan ku” – Ini merujuk kepada siapa menyesatkan siapa dan akhirnya kedua mereka akan dihumban ke dalam neraka.

Atas dasar itu jangan permainkan dan perguna ayat-ayat agama dan cuba mengambil ayat hak itu menjadikan ia perisai serta paling buruk adalah cuba memuliakan dan memuji diri secara halus. – Ana Ghoib puji-pujian itu satu penyembelihan…

Laporan oleh Malaysiakini.

“Siapa yang patut tunggu siapa dekat Mahsyar?” begitu soal balas Amran Fans terhadap anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Ini susulan kenyataan Nurulhidayah untuk menunggu pengkritik bapanya di padang mahsyar, selepas akaun Facebook parodi itu mencadangkan beliau bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk menyahut cabaran bapanya.

Dalam serangan berterusannya, Amran Fans membangkitkan dakwaan hati rakyat negara ini yang sering disakitkan para menteri.

“Siapa yang patut tunggu sapa dekat Mahsyar? Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak pak menteri ni nak kira macam mana?

“Takut bapak engkau itu saja nanti yang penat nak mencari kami. Kalau takat nak jumpa Amran seorang, di mamak saja sudahlah,”
kata pengendali akaun parodi popular itu lapor Malaysiakini.

Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir 900,000 orang dan telah beberapa kali disekat oleh Facebook kerana gambar parodi artis.

Bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar belia di Malaysia melakukan ‘kerja kotor’ jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.

Selepas namanya dibangkitkan, Nurulhidayah kemudian membalas di Instagramnya dengan berkata beliau akan berkenalan “pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya. dengan mereka di Padang Mahsyar merujuk kepada Amran Fans dan peminatnya.

“Seronok baca komen-komen kau orang ini. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu,” sindir Nurulhidayah yang menggunakan akaun @deltanovzulu.

Kerajaan sebelum ini dipalit kontroversi selepas dilapor hendak membawa masuk ramai 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.

Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama selepas itu bagaimanapun menjelaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Post a Comment