Dah elok dijadikan sempurna anggota badan , kelihatan seperti manusia normal, ada pula yang menganggap beliau dilahirkan dalam spesies yang salah. Berani tampil dengan mengatakan dirinya seekor kucing dan ingin membuatkan orang ramai bersimpati dengan nasib beliau yang kononnya menghadapi masalah gangguan spesies pengenalan.
BACA : GEMPAR! LELAKI MALAYSIA INI MELAHIRKAN ANAK PEREMPUAN..???
Nano seorang gadis yang berusia 20 tahun berasal dari Norway mengatakan dirinya merupakan seekor kucing yang dilahirkan dalam badan wanita. Beliau mendakwa mempunyai penglihatan dan pendengaran yang luar biasa malah akan bertindak agresif dan secara automatik bertindak balas dengan mengeluarkan bunyi desiran jika ternampak anjing lalu di hadapan rumahnya. Bukan itu sahaja, Nano juga berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kucing iaitu “ meow ”. Manusia berkomunikasi secara normal tapi tidak bagi nano, beliau akan mengeluarkan bunyi “meow” persis seperti kucing sebenar.
Menerusi video yang dimuat turun di Youtube pada minggu ini, Nano menjelaskan perkara sebenar kenapa beliau begitu yakin menggelarkan dirinya seekor kucing, dan bagaimana menjalani kehidupan sebagai “kucing wanita” sebenar keseluruhannya sangat memberi kesan terhadap hidupnya. Video ini secara tidak langsung berjaya menarik perhatian lebih 1 juta kali ditonton oleh orang ramai.
Selain itu, beliau mula sedar bahawa beliau merupakan seekor kucing ketika berusia 16 tahun. Nano juga turut mendapatkan kaunseling daripada doktor dan pakar psikologi sebelum menerima diagnosis. Apa yang lagi penting, beliau kini memakai sepasang telinga mewah dan juga ekor apabila ingin tampil keluar di khalayak orang ramai.
Kehidupan beliau di rumah tidak ubah seperti seekor kucing. Nano merangkak jika ingin pergi ke sesuatu tempat dan banyak menghabiskan masa dengan tidur di hadapan pintu, sinki dapur dan juga jendela. Penglihatan beliau juga jauh lebih baik pada waktu malam berbanding pada siang hari.
Bukan Nano sahaja yang mengalami simptom aneh ini, beliau juga mempunyai seorang rakan baik yang mempunyai kepelbagaian personaliti dalam dirinya. Svein selaku kawan baik Nano mendakwa sebahagian daripada dirinya merupakan seekor kucing dan mereka berdua berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kucing.
Walaupun ahli psikologi menasihati Nano supaya cuba untuk mengawal daripada bertindak sepenuhnya seperti seekor kucing kerana perkara ini secara langsung akan mendatangkan kesan yang buruk yang menjadikan diri beliau benar-benar bukan manusia yang normal lagi. Namun, Nano tidak mempedulikan hal itu dan membuat keputusan untuk mengekalkan gaya hidup seekor kucing untuk selama-lamanya. Mari kita saksikan video Nano si kucing wanita ini.

Post a Comment