Sultan Johor Murka : Jangan Letak Otak di Lutut, Sultan Johor Nasihat Nazri Aziz Jangan Angkuh...


MUAR, Khamis – Sultan Johor menegur Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah yang mempertikaikan keputusan baginda mengharamkan penjualan vape di Johor.

Serentak itu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan supaya mana-mana individu supaya tidak mementingkan wang ringgit dengan membahayakan kesihatan orang lain.

“Kepada pihak yang ingin mencabar keputusan saya iaitu Presiden IKHLAS yang katanya mengumpul satu juta nama dan tanda tangan, mana dia nama yang sudah dikumpul?

“Satu nama pun saya tak nampak lagi. Ingatlah, jangan letak otak di lutut sampai sanggup membahayakan kesihatan orang lain hanya untuk mengaut keuntungan wang ringgit.

“Sebelum keputusan itu dibuat, saya sudah mendengar pandangan pakar yang berkaitan dan ternyata penggunaan vape lebih banyak mudarat kepada manusia antaranya,”
titah baginda pada Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas, di sini malam tadi.

BACA : Video: Gadis Jerit Panggil Mak, Terkejut Sultan Datang Rumah..

Sementara Itu

Sultan Johor nasihat Nazri Aziz jangan angkuh

Baginda mengingatkan Nazri supaya sentiasa berpegang kepada pepatah Melayu 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa',
sultan-johor,nazri

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi amaran kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya jangan angkuh.

Beliau bertitah demikian susulan Nazri yang dilaporkan mahu menyerang anakanda baginda,, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Baginda mempersoalkan adakah pemimpin yang bersikap seperti itu patut dihormati? “Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” titah baginda titah baginda sempena Majlis Perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor pada Jumaat.

Sultan Ibrahim juga sekali lagi mengingatkan ahli politik supaya tidak mencampuri urusan Istana Johor dan membuat sebarang kenyataan yang mengaitkan dengan Istana Johor.

Baginda turut menegaskan tidak akan sesekali mencampuri urusan mana-mana parti politik.
“Oleh itu suka saya nasihatkan di sini kepada mana-mana ahli-ahli politik, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminnurashid Jumat supaya tidak membuat kenyataan yang mengaitkan pihak Istana Johor.

“Walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa saya, saya hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu,”
titah baginda.
Baginda juga menasihatkan kerajaan bersikap telus dan berterus terang kepada rakyat kerana di dalam dunia moden ini, tidak ada apa-apa yang boleh disembunyikan.

“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.

Post a Comment