MAKAN DALAN TEGURAN Wardina "Sekolahkan" Sikap Pemilik Butik Tudung Buat Pelanggan Meroyan

MAKAN DALAN TEGURAN Wardina "Sekolahkan" Sikap Pemilik Butik Tudung Buat Pelanggan Meroyan


Kadang-kadang ada betulnya juga bila lihat pada 'pemasaran' butik-butik tudung terkini. Seakan tak masuk akal apabila pelanggan terpaksa tidur, menunggu lama di hadapan butik, berebut-rebut dan sebagainya sehingga menjadi tanda tanya kenapalah buat pelanggan sebegitu?


Berikutan viral video orang ramai berhimpit untuk mengambil nombor giliran, bagi membeli tudung, pelakon dan pengacara terkenal Wardina Safiyyah tampil dengan pandangannya terhadap sikap pemilik butik tudung popular yang hanya mempergunakan pelanggan setia mereka untuk mendapat tudung pada hari jualan murah mereka.
Hanya untuk mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung, ratusan pelanggan sanggup bersesak bahkan berhimpit dan tolak-menolak sambil menjerit antara satu sama lain.
Begitulah situasi yang dipapar dalam video Facebook yang dimuat naik oleh pelakon Fizo Omar yang juga merupakan suami kepada Mawar Fareeda, pengusaha tudung jenama Fareeda.
Video berdurasi 16 saat itu memaparkan pelanggan yang bersesak untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian koleksi baharu tudung Fareeda, Sweet Love.
Bukan sahaja Wardina, kebanyakan netizen juga mempertikaikan teknik promosi ini kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran. - CARI Infonet


Inilah salah satu video yang mungkin diperkatakan oleh Wardina :

Post a Comment