IBU MINTA LELAKI ROGOL ANAK..!!

GAMBAR fail, kelihatan orang ramai menghadiri perhimpunan nyalaan lilin untuk memperingati mangsa rogol dan bunuh budak perempuan berusia 10 tahun, Victoria Martens di apartmen di Albuquerque, New Mexico, di mana gadis itu dibunuh. - Foto AP


ALBUQUERQUE, New Mexico: Ibu kepada budak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui mati dengan mayatnya dikerat, memberitahu polis dia mencari lelaki di internet dan tempat kerja untuk menyerang mangsa secara seksual.

Menurut butiran waran geledah kes itu, Michelle Martens memberitahu polis dia bertemu dengan sekurang-kurangnya tiga lelaki sebelum mangsa diberi dadah, dirogol dan dibunuh bulan lalu.

Ibu tunggal berkenaan memberitahu penyiasat dia tidak merancang jenayah itu untuk mendapatkan wang tetapi kerana seronok menyaksikannya.

Tidak dapat dipastikan berapa lama dia merancang pertemuan sebelum kematian Victoria Martens atau jika polis sudah mengenal pasti penyerang.

Polis menemui mayat budak itu yang dikerat di dalam pangsapuri yang dihuni bersama ibunya pada hari dia dijangka menyambut ulang tahun kelahiran ke-10.

Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan orang ramai.

Jurucakap keluarga berkenaan, Laura Bobbs, menangis ketika mengetahui butiran dalam waran geledah itu.

"Kasihan anak saya, kasihan anak saya. Dia tidak pernah beritahu kami apa yang berlaku.

"Saya selalu bertanya dia setiap masa, 'Kamu OK?' Dia akan berkata ya," katanya merujuk kepada Victoria.

Bobbs berkata, tiada petanda daripada Michelle Martens atau mangsa menunjukkan ada perkara yang tidak kena.

"Saya melihat wanita itu setiap hari. Tiada petanda. Bagaimana dia menyembunyikan perkara ini daripada kami.

"Keadaan semakin buruk, buruk dan buruk," katanya.

Michelle Martens, Fabian Gonzales dan sepupu Gonzales, Jessica Kelley, didakwa membunuh dengan niat dan jenayah seks melampau terhadap kanak-kanak di bawah 13 tahun.

Victoria ditikam dan dicekik. - AP

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/192800


Post a Comment