TAHNIAH kami ucapkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang telah pun sah bergelar suami kepada pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman, pada 31 Ogos lalu.
Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai identiti wanita yang berjaya ‘mencuri’ hati baginda ini, bukan?
Norashikin, 45, berasal Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Lagi: Ucapan ‘Sweet’ Raja Muda Rai Pernikahan Ayahanda
Terdahulu, Norashikin pernah mendirikan rumah tangga bersama-sama dengan seorang juruterbang Etihad Airlines, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Nur Amanda, 17; dan Adam Salleh, 14.
Sebelum bergelar pembaca berita RTM, Norashikin juga merupakan bekas pramugari syarikat penerbangan kebangsaan MAS.
Untuk rekod, Norashikin pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).
Setakat ini pihak Istana Selangor belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gelaran rasmi protokol untuk Norashikin.
Bagaimanapun pada kelaziman, suri kepada Sultan Selangor diberi gelaran Yang Teramat Mulia Puan Besar Selangor sebelum ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment