10 Orang Artis Malaysia Yang Mempunyai Minda High Class , Yang No 3 Memang Patut Sebab Ayah Dia Orang Berpengaruh Bidang Pendidikan

10 Orang Artis Malaysia Yang Mempunyai Minda High Class , Yang No 3 Memang Patut Sebab Ayah Dia Orang Berpengaruh Bidang Pendidikan



10 Artis Malaysia Ini Mempunyai Minda High Class

Ramai orang di luar melabelkan kebanyakan artis hanya bersandar pada bakat dan rupa sahaja tetapi kurang dalam bidang akademik. Sangkaan ini tidak tepat sekali dan ada sesetengah artis kita yang telah berjaya mencapai menara gading serta mempunyai kelulusan tinggi sama ada dari universiti tempatan mahupun universiti luar.


Walaupun peminat hanya mengenali mereka melalui bakat lakonan, nyanyian, ataupun pengacaraan, namun karakter yang mereka tonjolkan lebih dari itu dan siapa sangka mereka juga boleh berjaya dalam bidang akademik. Di sini, kami ingin kongsikan kepada anda senarai 10 selebriti Malaysia yang boleh anda jadikan sebagai idola berikutan kejayaan mereka dalam pelajaran.

1. Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Allahyarham Sudirman Arshad mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam. Beliau juga pernah menolak tawaran biasiswa dalam bidang perubatan.

2. Yuna

Bakatnya juga hampir setaraf dengan kelulusannya apabila dia juga berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Tidak cukup dengan itu, Yuna juga memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).
3. Najwa Muhyiddin

Anak kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar impian menjadi penyanyi professional.

4. Jason Lo

Ceo Tunetalk ini merupakan graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull dan juga dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

5. Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman memiliki diploma dalam memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London. Tidak cukup dengan itu dia juga memiliki Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

6. Ahmad Idham

Pengarah filem ini memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam dan telah menghasilkan tesis PhD tentang dunia perfileman tempatan.


7. Daphne Iking

Seorang lagi personaliti Tv popular Malaysia, Daphne Iking merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan penyiaran dan komunikasi dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

8. Datuk Aznil Haji Nanawi

Personaliti Tv popular ini merupakan alumni Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Tidak hairanlah dengan wataknya yang selalu ceria dan bersahaja, beliau berjaya mengukir nama dalam dunia penyiaran.

9. Lisa Surihani

Isteri kepada Yusry Kru ini memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

10. Fazley Yaakob

Beliau pernah mencetuskan kontroversi apabila Ijazah Doktor Falsafah yang diperolehinya tidak diiktiraf tetapi beliau mempunyai Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Post a Comment